Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru....2010...


SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU PADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA...TIADA MADAH YANG NAK DIUCAPKAN.....SEMOGA TAHUN 2010 ADALAH TAHUN YANG TERBAIK DARI TAHUN YANG SEBELUMNYA.....




Monday, December 21, 2009

Kek Coklat Lembab Kukus....mmmmm...sedap...

Sempena cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) hari tu...saya ambil kesempatan nak buat kek yang menjadi kegemaran anak-anak. Agak lama juga saya tak buat kek ni. Entah macam mana hari tu, adalah sedikit serbuk koko yang tersimpan. Jadi petang tu bermulalah pembuatan kek tersebut. Saya buat setakat mana serbuk koko tu ada. Jadi dapat buat saiz kecil saja. Sekejap jer dah habis...sekejap ada...sekejap tak ada...jadi marilah menjamu mata melihat kek lembab kukus saya ni...resepinya mudah saja...bahan-bahan pun senang didapati


nyum...nyum....sedapnya bu....hehehehe...


KEK COKLAT LEMBAB (KUKUS)

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu manis

1 2/3 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur

Cara : -Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam. Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya. -Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama. -Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi . Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak . Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek. -
toppingnya mudah saja...
1/2 cawan air, 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan susu manis, 2 sudu marjerinmasukkan kesemuanya sekali dlm periuk dan kacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan sebati. lepas tu boleh la sapukan atas kek tadi...senang jer....

Monday, December 7, 2009

Sibuknya Kerja Di Akhir Disember...Dan Kisah Antara Sabar Dan Mengeluh....

Salam kepada semua hadirin dan hadirat yang jelajah blog saya.. beberapa hari ni tak de kesempatan lansung nak ziarah blog sendiri. Rasanya ini first entry untuk bulan ini.
Fening ngan kerja-kerja ofis...bak kata kekawan blogger yang lain yang sempat saya ziarah...pening pada pehujung tahun...kerja memang banyak pun...ALLAH dah bagi rezeki macam tu....semuanya atas KUASANYA...jadi kita redha saja...Sabar dengan dugaannya....
Hari ni saya terima satu emel lagi dari seorang kenalan ...menarik ceritanya....sila baca...
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah

Monday, November 30, 2009

Cerita-ceriti itu..ini...dan NUR KASIH....

Salam semua...tak sempat saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha pada semua pembaca blog saya pada jumaat lepas. Banyak sangat kerja kat ofis...sehingga tak boleh nak update blog hari tu. Saya hanya cuti pada hari jumaat dan kerja semula pada hari sabtunya pula.
Sabtu, walaupun kerja halfday pun...kerja tetap macam tu juga...kerja yang bertimbun-timbun. Saya cuba habiskan juga pada hari tu sebabnya hari isnin last day untuk closing account dan closing time untuk vessel (dah kerja bahagian forwarding clerk kapal macam tu ler).
Hari ni saya ambil masa untuk update blog saya...saya tinggalkan sekejap kerja saya...wat sibuk sikit...nasib baiklah pc saya mengadap ke cermin tingkap dan membelakangkan bilik bos dan staff2 yang lain. Meja saya berada diakhir sekali dan staf yang lain duduk di meja depan saya...bilik bos pula didepan staf2 yang lain....jadi senanglah sikit kerja saya.....apa nak buat tak diperhatikan oleh staf yang lain. Saya tak curi tulang yer....saya siapkan semua kerja saya. OPPPpppppSSSSS.....kenapalah saya nak bercerita tentang kisah saya kat ofis .....


O.K entry saya kali ni..saya nak bercerita tentang kisah NUR KASIH. Sebelum saya tonton cerita ni di TV3 saya dah baca sinopsisnya dahulu. Jalan ceritanya menarik dan dapat hati menambat hati saya. Pada mulanya saya tak berapa kisah bila bila cerita ni disiar di TV3 sebabnya saya tiada masa ...sibuk dengan anak2 dan kerja2 rumah yang lain. Lagipun saya dah tahu jalan ceritanya macam mana. Satu hari tu lepas solat Isyak ....sambil lipat kain baju, tiba2 cerita ni disiarkan ...saya tak tahu pula hari ni adalah cerita NUR KASIH dan saya tonton jer lah ...dari situ ia mula menarik minat saya sehingga penghabisan cerita pada jumaat lepas. Kisahnya tentang pengorbanan seorang isteri yang tidak diambil tahu oleh suaminya diawal perkahwinan dan akhirnya membawa kebahagian di akhir cerita. Banyak dugaan dan cabaran yang diterima oleh si isteri.
Terkilan juga rasa dihati bila tak tonton diawal cerita. Walaupun setiap petang cerita ini ada diulang tayangkan setiap hari tapi masanya tak sesuai sebab masa tu saya baru sampai rumah dan buat kerja rumah. Jadi terlepas lagi diawal cerita. Apapun saya dah tahu apa kisahnya....Syabas pada pengarah cerita tersebut...jalan cerita yang menarik......
jadi layannnnzzzzz.....jerlah cerita saya hari ni...

Tuesday, November 24, 2009

AQIF Dan Baju Barunya......

Petang semalam cuaca di Pulau Pinang nampak mendung jer...kekadang hujan renyai...begitulah keadaannya bila bermulanya musim tengkujuh pada penghujung tahun.
Entry saya kali ini nak bercerita tentang Aqif petang semalam. Semasa ambil Aqif dari rumah baby sitter tetiba Aqif gembira dengan baju baru pemberian makcik yang menjaga Aqif. Dia kata baju ultraman gaya ni cantik sangat...hingga disuruhnya saya ambil gambar dia. Saya kata " kita ambil gambar Aqif kat rumah yer...kat sini hujan...nanti ultraman gaya basah pulak" hehehehehe....macam tulah nak ambil hati budak2...kena buat cerita sikit. Nampaknya Aqif faham. Dalam perjalanan nak sampai kerumah....tak sudah2 dia tengok baju yang dipakainya..." utraman gaya...ultraman gaya...nak lawan dengan raksasa..." (guna loghat bahasa dia ler...) itulah yang dikata sepanjang jalan. Jadi sesampai jer kat rumah terus saya snap dengan menggunakan hp nokia saya. Sukanya Aqif .....senyuman Aqif cam biasa...mata sepet...senyum nampak gigi...jadi tengok sajalah gambar dia ni...siap dengan gambar ultraman gaya kat baju dia tu ....hehehehehehe...Aqif...Aqif...janji dia seronok...




senyummmmmmm......nampak putih gebu jer muka Aqif.... baru lepas dimandikan oleh makcik yang jaga dia...org lama mesti cara macam ni....putih melepak dengan bedak....hehehehehehe.....

Friday, November 20, 2009

Ini Hasilnya.......

Salam semua...Barulah rasa nak bernafas sedikit dari kesibukan kerja...hari ni hari jumaat...sempat juga nak menjenggok blog kenalan yang lain...tetiba saya teringat kisah sabtu yang terlepas.....dimana sempat berjumpa dengan kenalan yang baru nak menceburi bidang phptographer. Tapi hasilnya sangat menarik...inilah hasilnya menggunakan DSLR Nikon D......(lupa pulak dah).....Gambar yang belum di edit lagi...Pertama kali org nak ambil gambar saya menggunakan DSLR. Puas hati kan...Tak rugi kalau membeli DSLR ribu riban bila mendapat hasil yang sebegini rupa....Jadi syabas kepada kenalan saya tersebut.....TQ yer....sebab sempat juga nak shoot muka saya ni....ok...layannnzzzzzzzzz ....jer lah.....


jadi model cekup jap....hehehehehe....rupa hamba yang terbaru......

puas hatilah bila dapat DSLR ni....NGANCAM.......



Posted by Picasa

Thursday, November 19, 2009

Bertemu Kembali.....

Salam semua,
Maaf selama beberapa minggu ni...(beberapa minggu ker???????....) tak sempat nak update blog. Dengan keadaan kerja yang bertimbun-timbun disebabkan nak dekat penghujung tahun.
Hanya kesempatan pada entry kali ni... saya hanya nak mengucapkan congratulation pada anak buah saya (anak kakak) Rizal kerana mandapat 1A 4B dalam UPSR hari ni...
Pepagi tadi saya sms kat kakak yang ada kat N9 ...hari ni pukul 10.30am dia sms beritahu keputusan Rizal...saya called dia ..dengar keriangan dari suara kakak saya...pada angapannya anaknya tak mudah nak dapat A dlm exam....itu dah kira ok juga .....exam yang akan datang harap Rizal boleh lulus dengan cemerlang lagi....Tahun depan saya pulak akan rasa gementar sebabnya anak no.2 akan menghadapi UPSR. Anak nak periksa saya pulak yang susah hati...Kita tunggu dan lihat saja...ok...tunggu entry yang akan datang dari saya nanti...itu pun kalau saya tak sibuk yer.....

Thursday, November 5, 2009

Salam semua...sempena hari ni hari khamis dan esoknya jumaat. Suka saya mendedahkan kisah agama didalam blog saya berkisarkan cerita dan menjadi teladan kepada semua pembaca.
Cerita ini pun saya terima dari kenalan saya melalui email yang saya simpan sehingga sekarang.
banyak kebaikannya...sila baca yer.....
Assalamualaikum............... saling ingat-mengingati.................
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Peace be upon you. ...
Renung-renungkan dan selamat beramal....
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku berUmrah..Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'Saya menggelengkan kepala.
'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meetinglah, mengajarlah, dan lain lain. Masya Allah........ .. Ibu melanjutkan,
Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkankesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. .........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...'Dan Panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ...
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Kho tim ah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. .....' ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....
** Huraisy Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab,
'Aku mahu mencari lima orang.'
'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'
Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada.....

Monday, November 2, 2009

Today...just simple writing...

Hari ni malazzzz...rasanya nak kerja...rasa nak ambil cuti jer...duduk dengan Aqif anak yang bongsu lagi seronok...dengar percakapannya yang baru nak belajar bercakap. Walaupun cakap tak berapa fasihlah katakan...tapi kami semua faham apa yang dia cakap..Seronok bila dapat bercakap dengan budak yang seusia Aqif. Semua masalah boleh hilang bila bertutur dengannya. Layannnzzzzzzzz......


Aqif buat lawak...hehehehehehe....hilang rasa tension....syyyytttttttttttt.....

kenapa dia suka ambil gambar macam ni....?????????????!!!!!!!......


Today, no story...
no idea....
weak-minded...
bla..bla..bla...
just simple writing from my heart..
Adiossss.....
somebody say like that......

Wednesday, October 28, 2009

Kisah Nabi Musa ....

Emel ini saya terima dari seorang kenalan...Kisah sedih seorang wanita yang menyesal diatas dosa yang dilakukan...Sila baca...semoga menjadi ikhtibar untuk semua...

Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata
kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui. Subhanakallahumma
wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.

Wassalam

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)

Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar- Rad:28)

Saturday, October 24, 2009

Balloons And Clown at Giant.....

Pada perayaan Deepavali hari tu...selepas ke rumah Ramesh, sy dan keluarga sempat juga ke Giant di Sungai Petani. Perjalanan dari Butterworth ke Sungai Petani tak lah berapa jauh sangat, mungkin mengambil masa dalam 1/2 jam juga. Anak2 teruja sangat nak ke Sungai Petani..katanya dah lama tak jalan jauh...?????!!!!!!! .......betul ker.......Mungkin itu yang mereka rasakan ataupun mungkin signal2 yang mengatakan dah lama mereka tak balik kampung....adalah tu...Tiba di Giant, kami hanya menjamu mata saja...nak beli barang keperluan semuanya dah terbeli, tetiba datanglah satu clown dan belon2nya disana. Apa lagi budak-budak yang berada disitu kelam kabutlah nak bergembira dengan si clown ni, termasuk anak2 saya..tapi Aqif tidak..dia takut sedikit..mungkin dia tak pernah tengok clown..hehehehehehe...tapi dia nak belon tu....jadi clown tu bagi juga belon pada Aqif walaupun Aqif tak pandang lansung clown ni...janji Aqif dapat belon...


Friday, October 23, 2009

Baby Nurul Syuhada...

Hari ni sempat juga nak update blog..walupun berbagai halangan yang mengacau..dan tergendala dan sempat juga nak edit gambar anak rakan hanya kenal di telefon saja...sebab ofis saya ada link dengan syarikat mereka..jadi borak-borak, gelak ketawa semua di telefon..Bila rakan ni nak akad nikah hari tu..barulah kenal rupa sapalah aweks ni...kendurinya pada bulan sept tahun lepas..tup..tup..tup dia dah bersalin 05/10/2009 hari tu.Disebabkan rumah dia dekat kawasan Butterworth..iaitu Permatang Binjai...kira dekatlah tu..Jadi ini kali ke-2 saya bertandang kerumahnya..seronok lihat baby kecik2 ni...anak2 saya pun tak lepas peluang ..comel baby Nurul Syuhada Bt Hakim ni..nama diberi oleh abahnya....Gambar sempat diambil dengan nokia 2mp..tapi macam biasa..hari dah nak gelap..baby tido pulak tu...jadi saya tak guna flash...takut baby terjaga...jadi layannnzzzzz jer lah gambar baby Syuhada ni yerk.......oooppppssss.......lupa nak habag sat...sempena melawat rakan saya ni...sempat juga saya belikan present untuk anak dia. Puaslah cari apa yang nak bagi..akhirnya kata putus di beri oleh anak perempuan saya...belikan baby tu baju sepasang dan sarung tangan dan kaki. Baju tu besar sedikit...mungkin boleh dipakai semasa usia dia dlm 3 bulan agaknya...sarung tangan dan kaki tu boleh di gunakan di usia sekarang... "ok kan baby Syuhada"


Baby Syuhada baru nak tido...dan baju pilihan anak perempuan saya......

Monday, October 19, 2009

Happy Deepavali.....

Salam semua...tak banyak yang nak diceritakan tentang cuti Deepavali tahun ni. Deepavali tahun ni sempat juga saya berkunjung ke rumah kawan India ofis lama dahulu.
Setiap tahun dia mesti ajak saya ke rumahnya walaupun bermacam alasan yang diberikan.
Disebabkan tahun ni adalah ajakan yang ke-5 saya gagahkan juga berkunjung ke rumahnya. Terkejut sakanlah dia tak sangka yang saya akan datang juga. Bermacam masakan yang dihidangkan tapi saya hanya menjamah kuih raya yang dibeli dari kawan saya juga sempena hari raya dulu. Dapat tunjuk muka pun jadilah...sori yer tak dapat nak ambil gambar semasa Deepavali hari tu...jadi saya hanya bercerita saja... Lyannnnzzzzzz.....

"Happy Deepavali to my friend RAMESH AND HER HUSBAND (CHANDRAN)"

Wednesday, October 14, 2009

Mean Mums....


Someday when my children are old enough to
understand the logic that motivates a parent, I will
tell them, as my Mean Mum told me:
I loved you enough........
to ask where you were going, with whom,
and what time you would be home.
I loved you enough
to be silent and let you discover that your new
best friend was a creep.
I loved you enough
to stand over you for two hours
while you cleaned your room, a job that should have taken 15 minutes.
I loved you enough
to let you see anger,
disappointment, and tears in my eyes. Children must
learn that their parents aren't perfect.
I loved you enough
to let you assume the
responsibility for your actions even when the
penalties were so harsh they almost broke my heart.
But most of all,
I loved you enough . . .
to say , NO when I knew you would hate me for it.
Those were the most difficult battles of all.
I,m glad I won them, because in the end you won, too.
And someday when your children are old enough to
understand the logic that motivates parents, you will tell them.

Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Terbuka Lagi...

Salam semua...Sabtu lepas 10/10/09 kami sekeluarga di jemput ke jamuan terbuka yg dianjurkan oleh Persatuan Silat Gayung dikampung Surau, Seberang Jaya. Sekitar jam 8.45 mlm...selepas waktu I'sya kami bertolak. Tempatnya berdekatan dengan carefour Seberang Jaya. Meriah juga sambutannya dan persatuan tersebut telah menjemput juga YB daerah itu. Jadi kita layannnzzzzzz.....jer lah gambar yang telah diambil. Hanya menggunakan hp nokia kamera 2 m.p...jadi sorry yer...gambar tak berapa clear....

Ada persembahan silat gayung lagi...tapi sayang ...gambar tak menjadi...

Bermacam juadah disediakan...satay, nasi impit, lemang, bihun, rendang...dan lain-lain. Apa yg disebut itu lah yg sy makan....

Sempat ambil gambar Aqif...tengok kapalterbang di langit....walau dlm gelap pun dia boleh tahu...mungkin lampu kapal terbang tu yg diperhatinya....


Ketika balik hari tu...hujan lebat seketika. Nasib baik kami sekeluarga sempat makan...tak tahulah apa terjadi dengan hadirin disana...nasibbbb....

Wednesday, October 7, 2009

"Ninja Turtle" Kesayangan Kami...

Comel tak "ninja turtle" peliharaan kami. Namanya pun comel, hubby yang bagi nama. Kami pelihara comel ni dari kecil lagi. Dulu anak2 terjumpa dia di tepi longkang. Mungkin ditinggalkan emak atau pun dibuang oleh tuan dia. Mulanya kami nak pelihara comel hanya untuk sementara sahaja, tapi bila dia dah besar, comel jadi manja ngan kami, jadi sayang pulak kami nak bagi comel pada sesiapa atau hantar kekedai untuk dijual. Kesian dengan comel sebab kami tak ada tempat istimewa untuk dia. Anak2 rajin bawa dia keluar jalan2 dihalaman rumah. Tak lah comel boring duduk di tempat dia yg mungkin tak berapa selesa. Harap comel tak kisah...tempat kecil..tapi kami jaga comel dengan baik. Itu lah kisah comel...

Tuesday, October 6, 2009

FEW TIPS TO ENJOY LIFE......Enjoy This...

1. Dont smoke too much or don't smoke at all.
2. Work hard.
3. Drink good drinks.
4. Smile as much as you can.
5. Dont look much at the mirror.
6. Change your life routine.
7. Take care of your appearance.
8. Brush your teeth after meals.
9. Make lovely jokes with your friends.

Saturday, October 3, 2009

Raya hari tu....macam-macam perkara terjadi...Suka dan Duka...

Gambar ni diambil selepas raya hari tu...anak-anak ajak berjalan di Tesco Seberang Jaya. Selalunya tiap bulan akan ber..shopping barang dapur, tapi kali ni sambil shopping sambil berseronok. Sebabnya banyak permainan yang terdapat disitu. Jadi "kita ENJOY yer nak......."
Gambar semasa raya tak sempat nak snap, sibuk kat dapur jer...tak ada masa lansung...ramai sanak saudara yang berkunjung. Sedih juga tak dapat snap gambar raya...apa-apa pun jangan sedih....sebab raya tu masih ada lagi kalau panjang umur.
Dan satu perkara yang memeranjatkan, anak sulung kemalangan pada 8 syawal (hari ahad 27/09/2009 4.45 pm) hari tu. Keadaan jadi kelam kabut. Walaupun tak berapa serius tapi wajah Irham (anak sulung) teruk juga banyak kesan calar dan dagunya kena jahit 4 jarum. Kaki sebelah kiri dia bengkak disebabkan kena hentam dengan kereta.
Ceritanya, Irham naik motor bersama 2 rakannya. Dia duduk ditengah. Kawan yang bawa motor tu tak serius , tapi macam Irham.. muka calar teruk, kena jahit 15 jarum. Teruk jugakan. Dan kawan dia yang jadi pembonceng ketiga tu serius sikit. Muka dia bercalar , bahu kiri terseliuh dan yang kesiannya dia patah 3 jari kaki kiri. kena operation tambah dawai ketiga-tiga jari tu. Perkara dah terjadi..budak-budak lelaki..kadang tu dengar kata..kadang tu tak dengar kata. Bila dah jadi...fobia sampai sekarang. Bila tengok motor yang tersadai kat rumah kawan dia tu...jadi takut. Nasib baik tak de perkara yang buruk terjadi. Ujian ALLAH nak menduga kita. Kami 3 keluarga terima saja.

Friday, October 2, 2009

Peningnya hari ini...

Salam semua. Hari ni saya dapat update semula blog yang dah lama tertinggal disebabkan masalah internet. Banyak juga gambar yang hilang dan tak tahu kenapa boleh jadi macam tu.
Jadi, lunch tadi saya cari semula gambar yang hilang tu dan masukkan semula kedalam blog. Nasib baik gambar2 tu masih tersimpan didalam PC, kalau tidak nanggis tak berlagulah nampaknya...hehehehehehe...OK rehat sebentar...Pening dah ni...

Thursday, September 24, 2009

I'm Back....

Salam Raya buat semua. Hari ni saya dah mula bekerja. Sempat juga nak menjengok blog kekawan yang dah lama ditinggalkan selama seminggu. Bila dah cuti seminggu ni, mulalah rasa lain macam jer. Ingat anak2 yang ditinggalkan. Rasa raya pun masih ada lagi. Raya tahun ni, beraya di Pulau Pinang lagi. Jarang sekali nak beraya kat kampung di Negeri Sembilan.
Banyak kemungkinannya. Anak-anak seronok beraya kat sini, sebabnya ramai kawan dan banyak dapat duit raya. Bila balik di N9, mereka tak berapa biasa di sana, jadi kuranglah duit raya tu. Itu kata anak-anak. Jadi kita ikut saja. Tapi walau macam mana pun saya tetap akan balik ke N9 dalam beberapa bulan ni. Setiap tahun mesti balik walau tak balik masa raya.
Jadi Atuk mereka tak lah bising sangat...hehehehehehe...
Btw, kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Semuanya hanya rancangan bagi kita sebagai insan biasa.

Thursday, September 17, 2009

Cuti Lagi...Cuti RAYA AIDILFITRI

Esok saya akan mula bercuti dari 18/9 - 23/9. Betapa gumbiranya hati bila dapat juga nak beraya tahun ni. Walaupun dalam suasana yg sederhana dan segalanya sederhana, saya amat bersyukur kerana sempat juga nak beraya. Apa apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam Raya Dari Maz Dan Keluarga

Saturday, September 12, 2009

Raya Datang Lagi.....


Mungkin terlalu awal untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada pengunjung blog saya. Takut juga tidak berkesempatan untuk mengucapkannya. Bersyukur kehadrat ALLAH dipanjangkan umur untuk merasa raya lagi. Sebulan berpuasa menginsafkan diri, sedar kita sebagai insan yang kerdil di bumi nyata sebagai peminjam sementara dibumi ALLAH.
Dikesempatan ini, sempena hari raya yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian.
Semoga dengan kedatangan Syawal pada tahun ini memberikan sinar hidup dan keinsafan untuk kita meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim.
Kepada mereka yang balik kampung dengan perjalanan yang jauh semoga berhati-hati ketika memandu dan selamat sampai kedestinasi yang dituju.
Yang jauh dikenang-kenangkan yang dekat ziarah- menziarahi.

Saturday, September 5, 2009

Nuzul Al-Quran Isnin, 7/9/2009, 17 Ramadhan, 1430 Hijrah...


Hari isnin aku akan bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Walaupun Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang akan bercuti Isnin ini, tapi ada juga company dan factory yang akan bekerja. Bagi aku, Nuzul Al-Quran ini amat penting bagi kita umat Islam. Kita patut tahu apa itu Nuzul Al-Quran. Jadi sesiapa yang membaca cerita di blog aku ni, sila ketahui apa itu Nuzul Al-Quran yang aku baca dari terbitan JAKIM.

NUZUL AL-QURAN
07/09/2009 Isnin, bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)
Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.Sumber: Jakim

Friday, September 4, 2009

Rendang Ayam (Kegemaran anak2 dan hubby) ......


Kenapa tetiba jer nak cerita tentang resepi pulak ni...mungkin disebabkan bulan puasa dan raya yang nak menjelma beberapa minggu lagi..jadi terkeluar idea resepi secara tak disengajakan. Resepi rendang ayam ...memang menjadi kegemaran anak-anak aku dan hubby. Kiranya resepi ni dah jadi kebiasaan di rumah. Tak perlu nak tunggu raya atau hari istimewa yang lain. Senang jer nak buat rendang ayam ni. Resepi ni aku belajar dari arwah wan (nenek) kat N9. Kalau arwah wan buek memang sodap...rendang leh jadi hitam laiee...lopeh tu buek guno kayu api lak...laiee lah sodap...kuali kawah pulak tu...semuonya barang semulojadi...tumbuk yo...kenapa tetiba cakap N9 pulak ni...soliii maaa.....

Tapi resepi ni aku ubah sikit, sebabnya aku tak guna rempah yang ditumbuk. Cuma guna rempah biasa saja macam rempah daging adabi atau rempah yang sesama dengannya.

Bahan-bahannya:-

bahan 1
1 ekor ayam atau lebih
6 bwg merah
3 bwg putih
3 serai
3 cm lengkuas
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
rempah ayam adabi satu paket
10 tangkai lada kering (kalau nak pedas)
*****semua bahan dikisar...

bahan 2
1/2 cawan kerisik, 2 paket santan (RM2.00)
Daun kunyit
Garam Gula

Cara memasaknya mudah jer, masukkan semua bahan 1 kedalam kuali. Ayam diletak kemudian, disebabkan nanti takut ayam tu jadi terlalu masak. Kalau guna ayam kampung bolehlah diletak bersama bahan 1. Bila dah dekat kering barulah masuk bahan kedua.
Tunggu lagi hingga rendang menjadi kering. Kalau rasa nak berkuah jangan tunggu terlalu kering. Senang jer kan. Siap Dah...
Resepi ni tak guna minyak untuk menumis sebab ada bahan-bahan tersebut akan mengeluarkan minyak juga. Jadi buat apa nak menambahkan minyak lagi. Selamat mencuba...

Thursday, September 3, 2009

Resepi Badak Berendam (Dah lama tak makan kuih tradisional ni...Ada bertahun agaknya)

Tiba-tiba aku teringat kuih kegemaran aku ni... Badak Berendam nama diberi .... di N9 masa arwah emak ada dulu... rajin juga dia buat kuih ni....sedap...try rasa sekali...pasti nak lagi....

Bahan-­bahannya :

1) ½ bungkus tepung pulut

2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)

3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)

4) 3 cawan santan

5) 1 cawan gula merah

6) 1 cawan air


7) 1 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1) Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.

2) Panaskan kukusan.

3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.

4) Bentukkan doh lembut bulat­ bulat dan isi inti di dalamnya.

5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.

6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.

7) Kemudian kukus hingga masak.

8) Sejukkan.




Tuesday, September 1, 2009

Huh...Huh...H1N1.....

Penatnya aku berpuasa dalam beberapa hari ni...bukannya aku penat sebab tak makan atau minum, tapi berpuasa dalam keadaan kesihatan aku yang tak berapa sihat hingga hilang suara aku yang merdu disebabkan dik batuk yang terlalu sangat. Sebelum batuk, mulanya tekak aku terasa perit sangat. Nak telan air dan makanan pun tak boleh. Badan pulak rasa semacam jer. Dan 26/8 minggu lepas barulah aku demam dan dapat cuti sakit satu hari dan aku tak berpuasa. Hari ini keadaan aku masih macam tu juga. Walaupun aku boleh bersuara tapi suara aku masih serak serak basah lagi...hehehehehe...suara rock ella ....(tak boleh cakap banyak, nanti lagi parau). Doktor kata batuk dan demam aku ni boleh berjangkit. Benar kata doktor, 30/8 demam aku ni berjangkit pada anak aku yang bongsu. Ketahanan badan dia tak berapa kuat, jadi terkena pada dia. Dan pada malam tu juga aku bawa anak aku ke Hospital Seberang Jaya, demam dia hingga 39oC, tinggi tu... dan tekak dia kemerahan juga. Jadi doktor adviced kuarantin kat rumah dan pakai face mask bila keluar, takut takut nanti senang dapat H1N1. Pada masa yang sama doktor pun adviced kat aku suruh aku pakai face mask sebab dia dengar batuk aku yang nampaknya teruk juga. Itulah percutian demam yang aku lalui dalam cuti kerja sempena menyambut merdeka selama 3 hari didalam permulaan puasa. Harap demam aku ni tak terkena pada orang lain. Nasib aku baik tak terkena H1N1....huhuhuhuhuhu...cuti dok rumah jer...kena kuarantin...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ' 'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri


* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Seribu senyuman belum tentu menawan hati .......
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci membina .......mengambil masa meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan.
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Sekian, terima kasih


Wednesday, August 19, 2009

Kenapa Hati Tak Bahagia....

Email yang diterima dari seorang kenalan. Menarik juga..


SEBAB-SEBAB HATI TAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.


Wallahualam"

Saturday, August 15, 2009

Fikirkanlah....


Pernahkah kita terfikir ?
Bagaimana dengan orang yang kita tinggalkan bila kita mati?
Bagaimana dengan mereka yang masih memerlukan kita ?
Bagaimana dengan mereka yang mengasihi kita ?
Bagaimana dengan keluarga kita ?
Bagaimana dengan teman teman kita ?
Atau terfikirkah kita ?
Adakah masalah kita akan berakhir dengan kematian ?
Adakah kehidupan akan berakhir apabila kita mati ?

Atau terlupakah kita bahawa nafas kita milik Tuhan ?
Terlupakah kita bahawa ajal kita ditangan Tuhan ?
Terlupakah kita bahawa mati bukan akhir sebuah kehidupan ?
Terlupakah kita bahawa ada dua kekekalan ?
Syuga Dan Neraka

Kesenangan dan kesengsaraan ?
Terfikirkah kita bahawa apabila tubuh mati roh kita tidak mati ?
Atau adakah kita sudah benar benar keliru dengan keangkuhan kita ?

Kematian bukan akhir dari kehidupan bah kan boleh dikatakan yang kematian adalah satu permulaan kerana kita akan berhadapan dengan dunia lain yang menentukan segala amalan kita

samaada dalam kesenangan atau pun dalam kesengsaraan

PERCAYAlah pada pencipta !
PERCAYAkan diri anda dengan DIA lah segala-galanya !
PERCAYAlah yang DIA lah satu-satunya jalan keluar !
PERCAYAlah yang DIA lah jalan penyelesaian !
PERCAYAlah cintaNya tulus dan tidak pura-pura
PERCAYAlah hanya DIA

ALLAH YANG MAHA KUASA

Tuesday, August 11, 2009

Basikal Terbuang...

Salam semua...ambil masa juga nak update blog aku hari ni. Keadaan kerja yang selalu sibuk, jadi masa lunch ni aku ambil masa nak update blog. Hari ni aku lewat ke tempat kerja. Selalunya sebelum pukul 9.00am aku dah masuk ofis, tapi pagi ni ada cerita kenapa aku lewat ke tempat kerja. Pagi tadi, tengah aku bersiap siap nak ketempat kerja, anak aku yang sulung terjerit jerit dari luar rumah, katanya ada lori nak ambil besi buruk. (Dia sekolah sesi petang bila dah masuk sekolah menenggah). Sebelum ni memang anak aku ternanti nanti lori ni lalu depan rumah, sebabnya dia nak jual semua basikal buruknya dan bermacam macam perkakas basikal yang tak berguna. Ada dalam "5 body " basikal yang nak di jualnya. Kalau diikutkan sayang juga nak bagi pada "india lori" tu, kalau disimpan...buat "menyemak" mata pulak. Jadi eloklah dijualkan. Kalau difikirkan balik..rasa rugi juga..bila beli basikal tu ada ratusan harga juga...tapi bila dijual balik dah kira besi buruk....hargnya terlalu rendah...bila ditimbang semua basikal buruk tu...ada dalam 20kg...berat juga tu.....harganya hanya RM19.00 jer....cubalah bayangkan.....harga ratusan ringgit boleh jadi ke belasan ringgit untuk 20kg besi buruk...???!!!!!.....rugi juga kan....Jadi bila dah dijual basikal tu...hanya dapat RM19.00 ... bagi kat anak-anak aku jer lah...bahagi 3 orang. Kira ok juga...buat belanja sekolah mereka selama 2 hari....
Dan yang lebih menyenangkan aku...kawasan laman rumah aku tu, jadi lapang semacam jer....sedap mata memandang. Selama ni kawasan tu penuh dengan basikal2 buruk tu. Eloklah dijualkan....walaupun rasa tak puas tu masih terasa sampai sekarang....

Tuesday, August 4, 2009

G6PD

Ramai yang tak berapa tahu apa itu G6PD. Anak aku yang sulung telah mengalami G6PD. Ianya bukan penyakit atau pun virus yang boleh merebak. Apa yang aku dapat ketahui dan aku temui dari laman ini ianya adalah keturunan. Keturunan!!!!!! agak sangsi juga....Anak aku yang kedua, masa lahirnya memang ada G6PD. Bila buat ujian semasa umurnya 1 tahun, G6PD dah hilang. Bila aku dapat anak perempuan, G6PD tak terdapat pada dirinya, begitu juga anak aku yang bongsu. Jadi sesiapa anak anda yang menghidap G6PD...sila baca catatan yang aku perolehi ini....amat penting

Pakar Kanak-kanak: Kurang enzim G6PD
Bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir (Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya)

_________________________________

KEKURANGAN glukos-6-fosfatase dehidrogenase atau G6PD? Penyakit apa itu? Tidak pernah dengar pun! Inilah komen yang sering diterima daripada ibu bapa setiap kali doktor atau pakar kanak-kanak menyebut perkataan kompleks itu.

G6PD ialah enzim dalam sel darah merah. Kekurangannya menyebabkan sel darah merah cepat pecah dan keadaan ini dipanggil anemia hemolitik (kiraan sel darah merah yang rendah dan tidak normal).

Masalah kekurangan enzim G6PD lebih lazim pada sesetengah bangsa dan insiden paling tinggi dilaporkan di negara tropika Afrika, Timur Tengah, Asia (tropika dan subtropika) dan sesetengah tempat di Mediterranean.

Ia adalah masalah keturunan yang diwariskan melalui bahan baka seks atau kromosom X. Untuk pengetahuan pembaca, perempuan mempunyai kromosom XX dan lelaki pula XY. Oleh kerana masalah ini diwariskan melalui kromosom X, lebih ramai lelaki mengalami kekurangan G6PD berbanding perempuan kerana lelaki hanya ada satu kromosom X.

Bagaimanapun, wanita pembawa G6PD juga boleh mengalami serangan kemusnahan sel darah merah (hemolisis). Kemusnahan sel darah merah boleh berlaku apabila individu G6PD terdedah kepada sesetengah jenis ubat, mengalami tekanan atau jangkitan.

Di seluruh dunia, kekurangan G6PD dialami kira-kira 400 juta orang. Seperti diterangkan, ia adalah masalah keturunan. Jadi ia kekal sepanjang hayat dan tidak boleh berjangkit melalui sentuhan. Justeru, anda tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk membenarkan anak anda berkawan dengan kanak-kanak G6PD.

Kebanyakan kes G6PD tiada gejala klinikal. Namun bagi sesetengah pesakit, terutama bayi baru lahir (kurang daripada empat minggu), mereka boleh mengalami jaundis neonatal dan anemia hemolitik akut (kemusnahan sel darah merah berlaku secara tiba-tiba).

Jaundis neonatal biasanya berlaku pada bayi berusia antara satu hingga empat hari, pada masa sama atau awal sedikit berbanding jaundis atau demam kuning fisiologi. Manakala anemia hemolitik akut pula biasanya diakibatkan faktor tekanan, terdedah kepada ubat oksidatif, bahan kimia, jangkitan atau memakan kacang buncis.

Gejala umum yang biasa dilaporkan ialah air kencing berwarna gelap, limpa bengkak, letih, pucat, degupan jantung menjadi cepat, tercungap-cungap dan kulit berwarna kuning (jaundis).

Pesakit yang mengalami jaundis neonatal biasanya memerlukan pemindahan darah. Dalam keadaan teruk, pesakit mungkin mengalami masalah batu hempedu dan limpa bengkak.

Antara ubat yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah ialah:

Ubat anti malaria

Aspirin

Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs)

Kuinin

Sesetengah jenis antibiotik

Ujian makmal

Biasanya ujian dilakukan untuk menentukan aktiviti enzim G6PD dan bukan jumlah protein G-6-PD. Ujian yang dijalankan ketika sel darah merah mengalami kemusnahan atau penambahan sel darah merah yang tidak matang (retikulositosis) boleh menjejaskan keputusan sebenar.

Kiraan sel darah merah yang tidak matang (retikulosit) bertujuan menentukan tahap anemia dan fungsi sumsum tulang.

Pencegahan dan rawatan

Ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah G6PD atau individu G6PD perlu sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat. Periksa lebih dulu kandungan ubat bagi mengelak masalah tidak diingini.

Secara umumnya pesakit tidak memerlukan rawatan, kecuali dalam kes tertentu. Bayi yang mengalami jaundis neonatal berpanjangan akan diletakkan di bawah cahaya khas iaitu cahaya bili untuk mengurangkan kekuningan.

Pemindahan darah juga mungkin perlu dilakukan bagi kes jaundis neonatal yang serius atau kemusnahan sel darah merah akibat memakan kacang buncis.

Sentiasa periksa dan baca label ubat yang anda beli tanpa preskripsi doktor. Jika ragu, bawa ubat berkenaan apabila anda berjumpa doktor untuk mengesahkan sama ada ia selamat dimakan atau sebaliknya.

Berhati-hati, terutama apabila anda mahu mengambil ubat berasaskan herba, naturopati atau rawatan alternatif lain.

Peringatan penting

G6PD adalah masalah kesihatan yang diwarisi dan tidak boleh berjangkit atau merebak kepada orang lain. Jadi tiada halangan untuk anak anda berkawan dan bermain dengan kanak-kanak G6PD.

Kebanyakan orang yang mengalami kekurangan G6PD boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain selagi mereka mengelak mengambil sesetengah jenis makanan dan ubat.

Penentuan tahap enzim G6PD boleh dilakukan di kebanyakan klinik swasta dan semua hospital kerajaan. Keputusannya akan ditulis sebagai: G6PD — Normal atau Kekurangan.

Saturday, August 1, 2009

Apa Kegemaran Aqif





Lain pula sikap anak aku yang bongsu ni...nak tahu apa kegemaran dia....suka tengok cerita spongebob dan ultraman gaia...tak boleh ubah siaran.....ubah je nanggis...abang dan kakak dia suka menyakat dia. Dan satu lagi sikap dia...kalau pergi pasar malam ke atau supermarket ...jgn lalu kat tempat permainan ....bau aura anak patung altraman pun dia boleh tahu. Budak-budak kan....ikut jer lah....

Thursday, July 30, 2009

Tujuh Ayat-Ayat Cinta Rasullullah S.A.W

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataill ahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.
Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Wednesday, July 29, 2009

BIODATA RASULULLAH SAW

**Email yang aku terima dari seorang kawan...
selamat membaca....


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).


· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah

SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah

SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Friday, July 24, 2009

Sabar Yer.......

ASSALAMUALAIKUM, ingatlah kesabaran itu banyak kebaikannya . Puisi ini pedoman untuk semua pembaca yang melayari blog aku. Hanya sekadar renungan untuk semua.

SABAR

Kehidupan……
Satu persinggahan didunia..
Suka dan duka pelengkap kepadanya
Sudah menjadi lumrah dunia
Yang telah dijadikan dengan sempurna
Oleh Dia yang Maha segalaNya…

Segalanya mempunyai teman…
Semuanya mempunyai pelangkap….
Laksana kemarau dengan hujan,
Kejadian siang dan malam,
Ada lelaki bertemankan perempuan
Sebagaimana Adam dengan Hawa,
Kecil,besar,tua serta muda..
Termasuk suka dan duka,
Semuanya pelengkap kehidupan,

Namun….
Setiap perkara terdapat kebaikannya….
Tiap peredaran ada manfaatnya.
Dan…….
Setiap masalah mempunyai hikmahnya..
Segalanya dari Dia yang Maha Kuasa..
Yang menentukan kehidupan semua…
Apa yang dapat dilakukan kini hanya..
Pasrah dan sabar.

Wednesday, July 22, 2009

Seronoknya Hujan

Syukur ALHAMDULLILLAH hujan turun juga hari ni...dalam beberapa hari jerebu semakin teruk, hingga jambatan Pulau Pinang pun tak nampak dari ofis aku. Dan tengahari tadi hujan semakin lebat, lega rasanya bila dapat merasa hujan rahmat yang sebegitu. Rasanya macam setahun tak merasa hari hujan, walaupun awal bulan 7 hari tu hujan turun dengan lebatnya sehingga setengah tempat di Pulau Pinang mengalami banjir. Sekarang 2.30pm hujan dah mula reda...bila aku melihat keluar tingkap... kelihatan begitu cantiknya permandangan di laut...yang selama beberapa hari ini aku hanya perhatikan permandangan yang berjerebu sahaja. Semoga jerebu di Pulau Pinang tak berulang lagi....

Friday, July 17, 2009

"LUNCH" TADI...17/07/2009

Salam semua...jarang sekali aku nak update blog. Dengan masa yang tak menentu dan kadang tak de masa lansung. Kadang idea nak menulis pun tak de. Jadi hari ni aku nak bercerita tentang masa "lunch" aku yang diisi dengan cerita-cerita kosong dari kawan aku. Ceritanya tentang kisah seorang kawan satu ofisnya. Kisahnya begini, pada hari tu kawannya berada dalam keadaan mengantuk. Jadi kalau orang dah mengantuk disorong bantal pun boleh tertidur terus. Inikan pulak orang yang berada dalam keadaan terhangguk hangguk nak buat kerja, apa apa pun boleh terjadikan .Nak jadi cerita satu hari ada talian masuk kat ofisnya, diangkatlah oleh kawannya yang mengantuk ni, jadi bila dia menjawab panggilan telefon tu, dia pun menjawab dengan merapunya " Hello..yer..yer..kat sini ada hantu raya, mata besar.." (mungkin dia tengah mimpi jumpa hantu raya kot, hehehehehe)...dia jawab dengan mata yang terpejam, jadi kawan aku yang ada disebelahnya pun terkejut, ditepuknya bahu kawannya tu, apa lagi terkejut keralah dibuatnya. Kawan aku ni tanya kat kawannya yang mengantuk ni, "kau cakap apa ni?" kawannya menjawab "aku tak sedar aku cakap apa tadi (terpinga-pingga)" Jadi mereka pun ketawa macam nak pecah perut. Aku yang terdengar cerita kawan aku ni tak tahan perut juga, sampai terkeluar air mata dibuatnya. Ihktibar dari cerita ni...KALAU DAH RASA MENGANTUK, TIDUR SEKEJAP ATAU YANG LEBIH BAIK BASUH MUKA DULU. Kalau tidak ...jadi macam ni lah...nasib baik bos tak de ...kalau ada NAHAS..kesian kan....sekian terima kasih...kisah cerita kawan aku ni..

Friday, July 10, 2009

CUTI...CUTI....11/07/2009


** HAPPY HOLIDAYS **
PULAU PINANG
**********************


Salam semua...Esok seluruh Pulau Pinang cuti sempena sambutan hari Di Pertua Pulau Pinang. Seronoknya...selama ni hari sabtu asyik kerja ...penat...Jadi esok nak rehat ngan anak-anak. Buat apa-apa kerja yang patut. Jadi esok aku akan jadi suri rumah sepenuh masa. HAPPY HOLIDAYS ......
Blog Widget by LinkWithin