Wednesday, July 22, 2009
Seronoknya Hujan
Syukur ALHAMDULLILLAH hujan turun juga hari ni...dalam beberapa hari jerebu semakin teruk, hingga jambatan Pulau Pinang pun tak nampak dari ofis aku. Dan tengahari tadi hujan semakin lebat, lega rasanya bila dapat merasa hujan rahmat yang sebegitu. Rasanya macam setahun tak merasa hari hujan, walaupun awal bulan 7 hari tu hujan turun dengan lebatnya sehingga setengah tempat di Pulau Pinang mengalami banjir. Sekarang 2.30pm hujan dah mula reda...bila aku melihat keluar tingkap... kelihatan begitu cantiknya permandangan di laut...yang selama beberapa hari ini aku hanya perhatikan permandangan yang berjerebu sahaja. Semoga jerebu di Pulau Pinang tak berulang lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment