Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ' 'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)


* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri


* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Seribu senyuman belum tentu menawan hati .......
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci membina .......mengambil masa meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan.
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Sekian, terima kasih


Wednesday, August 19, 2009

Kenapa Hati Tak Bahagia....

Email yang diterima dari seorang kenalan. Menarik juga..


SEBAB-SEBAB HATI TAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.


Wallahualam"

Saturday, August 15, 2009

Fikirkanlah....


Pernahkah kita terfikir ?
Bagaimana dengan orang yang kita tinggalkan bila kita mati?
Bagaimana dengan mereka yang masih memerlukan kita ?
Bagaimana dengan mereka yang mengasihi kita ?
Bagaimana dengan keluarga kita ?
Bagaimana dengan teman teman kita ?
Atau terfikirkah kita ?
Adakah masalah kita akan berakhir dengan kematian ?
Adakah kehidupan akan berakhir apabila kita mati ?

Atau terlupakah kita bahawa nafas kita milik Tuhan ?
Terlupakah kita bahawa ajal kita ditangan Tuhan ?
Terlupakah kita bahawa mati bukan akhir sebuah kehidupan ?
Terlupakah kita bahawa ada dua kekekalan ?
Syuga Dan Neraka

Kesenangan dan kesengsaraan ?
Terfikirkah kita bahawa apabila tubuh mati roh kita tidak mati ?
Atau adakah kita sudah benar benar keliru dengan keangkuhan kita ?

Kematian bukan akhir dari kehidupan bah kan boleh dikatakan yang kematian adalah satu permulaan kerana kita akan berhadapan dengan dunia lain yang menentukan segala amalan kita

samaada dalam kesenangan atau pun dalam kesengsaraan

PERCAYAlah pada pencipta !
PERCAYAkan diri anda dengan DIA lah segala-galanya !
PERCAYAlah yang DIA lah satu-satunya jalan keluar !
PERCAYAlah yang DIA lah jalan penyelesaian !
PERCAYAlah cintaNya tulus dan tidak pura-pura
PERCAYAlah hanya DIA

ALLAH YANG MAHA KUASA

Tuesday, August 11, 2009

Basikal Terbuang...

Salam semua...ambil masa juga nak update blog aku hari ni. Keadaan kerja yang selalu sibuk, jadi masa lunch ni aku ambil masa nak update blog. Hari ni aku lewat ke tempat kerja. Selalunya sebelum pukul 9.00am aku dah masuk ofis, tapi pagi ni ada cerita kenapa aku lewat ke tempat kerja. Pagi tadi, tengah aku bersiap siap nak ketempat kerja, anak aku yang sulung terjerit jerit dari luar rumah, katanya ada lori nak ambil besi buruk. (Dia sekolah sesi petang bila dah masuk sekolah menenggah). Sebelum ni memang anak aku ternanti nanti lori ni lalu depan rumah, sebabnya dia nak jual semua basikal buruknya dan bermacam macam perkakas basikal yang tak berguna. Ada dalam "5 body " basikal yang nak di jualnya. Kalau diikutkan sayang juga nak bagi pada "india lori" tu, kalau disimpan...buat "menyemak" mata pulak. Jadi eloklah dijualkan. Kalau difikirkan balik..rasa rugi juga..bila beli basikal tu ada ratusan harga juga...tapi bila dijual balik dah kira besi buruk....hargnya terlalu rendah...bila ditimbang semua basikal buruk tu...ada dalam 20kg...berat juga tu.....harganya hanya RM19.00 jer....cubalah bayangkan.....harga ratusan ringgit boleh jadi ke belasan ringgit untuk 20kg besi buruk...???!!!!!.....rugi juga kan....Jadi bila dah dijual basikal tu...hanya dapat RM19.00 ... bagi kat anak-anak aku jer lah...bahagi 3 orang. Kira ok juga...buat belanja sekolah mereka selama 2 hari....
Dan yang lebih menyenangkan aku...kawasan laman rumah aku tu, jadi lapang semacam jer....sedap mata memandang. Selama ni kawasan tu penuh dengan basikal2 buruk tu. Eloklah dijualkan....walaupun rasa tak puas tu masih terasa sampai sekarang....

Tuesday, August 4, 2009

G6PD

Ramai yang tak berapa tahu apa itu G6PD. Anak aku yang sulung telah mengalami G6PD. Ianya bukan penyakit atau pun virus yang boleh merebak. Apa yang aku dapat ketahui dan aku temui dari laman ini ianya adalah keturunan. Keturunan!!!!!! agak sangsi juga....Anak aku yang kedua, masa lahirnya memang ada G6PD. Bila buat ujian semasa umurnya 1 tahun, G6PD dah hilang. Bila aku dapat anak perempuan, G6PD tak terdapat pada dirinya, begitu juga anak aku yang bongsu. Jadi sesiapa anak anda yang menghidap G6PD...sila baca catatan yang aku perolehi ini....amat penting

Pakar Kanak-kanak: Kurang enzim G6PD
Bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir (Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya)

_________________________________

KEKURANGAN glukos-6-fosfatase dehidrogenase atau G6PD? Penyakit apa itu? Tidak pernah dengar pun! Inilah komen yang sering diterima daripada ibu bapa setiap kali doktor atau pakar kanak-kanak menyebut perkataan kompleks itu.

G6PD ialah enzim dalam sel darah merah. Kekurangannya menyebabkan sel darah merah cepat pecah dan keadaan ini dipanggil anemia hemolitik (kiraan sel darah merah yang rendah dan tidak normal).

Masalah kekurangan enzim G6PD lebih lazim pada sesetengah bangsa dan insiden paling tinggi dilaporkan di negara tropika Afrika, Timur Tengah, Asia (tropika dan subtropika) dan sesetengah tempat di Mediterranean.

Ia adalah masalah keturunan yang diwariskan melalui bahan baka seks atau kromosom X. Untuk pengetahuan pembaca, perempuan mempunyai kromosom XX dan lelaki pula XY. Oleh kerana masalah ini diwariskan melalui kromosom X, lebih ramai lelaki mengalami kekurangan G6PD berbanding perempuan kerana lelaki hanya ada satu kromosom X.

Bagaimanapun, wanita pembawa G6PD juga boleh mengalami serangan kemusnahan sel darah merah (hemolisis). Kemusnahan sel darah merah boleh berlaku apabila individu G6PD terdedah kepada sesetengah jenis ubat, mengalami tekanan atau jangkitan.

Di seluruh dunia, kekurangan G6PD dialami kira-kira 400 juta orang. Seperti diterangkan, ia adalah masalah keturunan. Jadi ia kekal sepanjang hayat dan tidak boleh berjangkit melalui sentuhan. Justeru, anda tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk membenarkan anak anda berkawan dengan kanak-kanak G6PD.

Kebanyakan kes G6PD tiada gejala klinikal. Namun bagi sesetengah pesakit, terutama bayi baru lahir (kurang daripada empat minggu), mereka boleh mengalami jaundis neonatal dan anemia hemolitik akut (kemusnahan sel darah merah berlaku secara tiba-tiba).

Jaundis neonatal biasanya berlaku pada bayi berusia antara satu hingga empat hari, pada masa sama atau awal sedikit berbanding jaundis atau demam kuning fisiologi. Manakala anemia hemolitik akut pula biasanya diakibatkan faktor tekanan, terdedah kepada ubat oksidatif, bahan kimia, jangkitan atau memakan kacang buncis.

Gejala umum yang biasa dilaporkan ialah air kencing berwarna gelap, limpa bengkak, letih, pucat, degupan jantung menjadi cepat, tercungap-cungap dan kulit berwarna kuning (jaundis).

Pesakit yang mengalami jaundis neonatal biasanya memerlukan pemindahan darah. Dalam keadaan teruk, pesakit mungkin mengalami masalah batu hempedu dan limpa bengkak.

Antara ubat yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah ialah:

Ubat anti malaria

Aspirin

Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs)

Kuinin

Sesetengah jenis antibiotik

Ujian makmal

Biasanya ujian dilakukan untuk menentukan aktiviti enzim G6PD dan bukan jumlah protein G-6-PD. Ujian yang dijalankan ketika sel darah merah mengalami kemusnahan atau penambahan sel darah merah yang tidak matang (retikulositosis) boleh menjejaskan keputusan sebenar.

Kiraan sel darah merah yang tidak matang (retikulosit) bertujuan menentukan tahap anemia dan fungsi sumsum tulang.

Pencegahan dan rawatan

Ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah G6PD atau individu G6PD perlu sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat. Periksa lebih dulu kandungan ubat bagi mengelak masalah tidak diingini.

Secara umumnya pesakit tidak memerlukan rawatan, kecuali dalam kes tertentu. Bayi yang mengalami jaundis neonatal berpanjangan akan diletakkan di bawah cahaya khas iaitu cahaya bili untuk mengurangkan kekuningan.

Pemindahan darah juga mungkin perlu dilakukan bagi kes jaundis neonatal yang serius atau kemusnahan sel darah merah akibat memakan kacang buncis.

Sentiasa periksa dan baca label ubat yang anda beli tanpa preskripsi doktor. Jika ragu, bawa ubat berkenaan apabila anda berjumpa doktor untuk mengesahkan sama ada ia selamat dimakan atau sebaliknya.

Berhati-hati, terutama apabila anda mahu mengambil ubat berasaskan herba, naturopati atau rawatan alternatif lain.

Peringatan penting

G6PD adalah masalah kesihatan yang diwarisi dan tidak boleh berjangkit atau merebak kepada orang lain. Jadi tiada halangan untuk anak anda berkawan dan bermain dengan kanak-kanak G6PD.

Kebanyakan orang yang mengalami kekurangan G6PD boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain selagi mereka mengelak mengambil sesetengah jenis makanan dan ubat.

Penentuan tahap enzim G6PD boleh dilakukan di kebanyakan klinik swasta dan semua hospital kerajaan. Keputusannya akan ditulis sebagai: G6PD — Normal atau Kekurangan.

Saturday, August 1, 2009

Apa Kegemaran Aqif





Lain pula sikap anak aku yang bongsu ni...nak tahu apa kegemaran dia....suka tengok cerita spongebob dan ultraman gaia...tak boleh ubah siaran.....ubah je nanggis...abang dan kakak dia suka menyakat dia. Dan satu lagi sikap dia...kalau pergi pasar malam ke atau supermarket ...jgn lalu kat tempat permainan ....bau aura anak patung altraman pun dia boleh tahu. Budak-budak kan....ikut jer lah....
Blog Widget by LinkWithin