Thursday, September 24, 2009

I'm Back....

Salam Raya buat semua. Hari ni saya dah mula bekerja. Sempat juga nak menjengok blog kekawan yang dah lama ditinggalkan selama seminggu. Bila dah cuti seminggu ni, mulalah rasa lain macam jer. Ingat anak2 yang ditinggalkan. Rasa raya pun masih ada lagi. Raya tahun ni, beraya di Pulau Pinang lagi. Jarang sekali nak beraya kat kampung di Negeri Sembilan.
Banyak kemungkinannya. Anak-anak seronok beraya kat sini, sebabnya ramai kawan dan banyak dapat duit raya. Bila balik di N9, mereka tak berapa biasa di sana, jadi kuranglah duit raya tu. Itu kata anak-anak. Jadi kita ikut saja. Tapi walau macam mana pun saya tetap akan balik ke N9 dalam beberapa bulan ni. Setiap tahun mesti balik walau tak balik masa raya.
Jadi Atuk mereka tak lah bising sangat...hehehehehehe...
Btw, kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Semuanya hanya rancangan bagi kita sebagai insan biasa.

Thursday, September 17, 2009

Cuti Lagi...Cuti RAYA AIDILFITRI

Esok saya akan mula bercuti dari 18/9 - 23/9. Betapa gumbiranya hati bila dapat juga nak beraya tahun ni. Walaupun dalam suasana yg sederhana dan segalanya sederhana, saya amat bersyukur kerana sempat juga nak beraya. Apa apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam Raya Dari Maz Dan Keluarga

Saturday, September 12, 2009

Raya Datang Lagi.....


Mungkin terlalu awal untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada pengunjung blog saya. Takut juga tidak berkesempatan untuk mengucapkannya. Bersyukur kehadrat ALLAH dipanjangkan umur untuk merasa raya lagi. Sebulan berpuasa menginsafkan diri, sedar kita sebagai insan yang kerdil di bumi nyata sebagai peminjam sementara dibumi ALLAH.
Dikesempatan ini, sempena hari raya yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian.
Semoga dengan kedatangan Syawal pada tahun ini memberikan sinar hidup dan keinsafan untuk kita meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim.
Kepada mereka yang balik kampung dengan perjalanan yang jauh semoga berhati-hati ketika memandu dan selamat sampai kedestinasi yang dituju.
Yang jauh dikenang-kenangkan yang dekat ziarah- menziarahi.

Saturday, September 5, 2009

Nuzul Al-Quran Isnin, 7/9/2009, 17 Ramadhan, 1430 Hijrah...


Hari isnin aku akan bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Walaupun Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang akan bercuti Isnin ini, tapi ada juga company dan factory yang akan bekerja. Bagi aku, Nuzul Al-Quran ini amat penting bagi kita umat Islam. Kita patut tahu apa itu Nuzul Al-Quran. Jadi sesiapa yang membaca cerita di blog aku ni, sila ketahui apa itu Nuzul Al-Quran yang aku baca dari terbitan JAKIM.

NUZUL AL-QURAN
07/09/2009 Isnin, bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)
Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.Sumber: Jakim

Friday, September 4, 2009

Rendang Ayam (Kegemaran anak2 dan hubby) ......


Kenapa tetiba jer nak cerita tentang resepi pulak ni...mungkin disebabkan bulan puasa dan raya yang nak menjelma beberapa minggu lagi..jadi terkeluar idea resepi secara tak disengajakan. Resepi rendang ayam ...memang menjadi kegemaran anak-anak aku dan hubby. Kiranya resepi ni dah jadi kebiasaan di rumah. Tak perlu nak tunggu raya atau hari istimewa yang lain. Senang jer nak buat rendang ayam ni. Resepi ni aku belajar dari arwah wan (nenek) kat N9. Kalau arwah wan buek memang sodap...rendang leh jadi hitam laiee...lopeh tu buek guno kayu api lak...laiee lah sodap...kuali kawah pulak tu...semuonya barang semulojadi...tumbuk yo...kenapa tetiba cakap N9 pulak ni...soliii maaa.....

Tapi resepi ni aku ubah sikit, sebabnya aku tak guna rempah yang ditumbuk. Cuma guna rempah biasa saja macam rempah daging adabi atau rempah yang sesama dengannya.

Bahan-bahannya:-

bahan 1
1 ekor ayam atau lebih
6 bwg merah
3 bwg putih
3 serai
3 cm lengkuas
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
rempah ayam adabi satu paket
10 tangkai lada kering (kalau nak pedas)
*****semua bahan dikisar...

bahan 2
1/2 cawan kerisik, 2 paket santan (RM2.00)
Daun kunyit
Garam Gula

Cara memasaknya mudah jer, masukkan semua bahan 1 kedalam kuali. Ayam diletak kemudian, disebabkan nanti takut ayam tu jadi terlalu masak. Kalau guna ayam kampung bolehlah diletak bersama bahan 1. Bila dah dekat kering barulah masuk bahan kedua.
Tunggu lagi hingga rendang menjadi kering. Kalau rasa nak berkuah jangan tunggu terlalu kering. Senang jer kan. Siap Dah...
Resepi ni tak guna minyak untuk menumis sebab ada bahan-bahan tersebut akan mengeluarkan minyak juga. Jadi buat apa nak menambahkan minyak lagi. Selamat mencuba...

Thursday, September 3, 2009

Resepi Badak Berendam (Dah lama tak makan kuih tradisional ni...Ada bertahun agaknya)

Tiba-tiba aku teringat kuih kegemaran aku ni... Badak Berendam nama diberi .... di N9 masa arwah emak ada dulu... rajin juga dia buat kuih ni....sedap...try rasa sekali...pasti nak lagi....

Bahan-­bahannya :

1) ½ bungkus tepung pulut

2) 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)

3) ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)

4) 3 cawan santan

5) 1 cawan gula merah

6) 1 cawan air


7) 1 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1) Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.

2) Panaskan kukusan.

3) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.

4) Bentukkan doh lembut bulat­ bulat dan isi inti di dalamnya.

5) Sementara itu bancuh santan bersama garam.

6) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.

7) Kemudian kukus hingga masak.

8) Sejukkan.




Tuesday, September 1, 2009

Huh...Huh...H1N1.....

Penatnya aku berpuasa dalam beberapa hari ni...bukannya aku penat sebab tak makan atau minum, tapi berpuasa dalam keadaan kesihatan aku yang tak berapa sihat hingga hilang suara aku yang merdu disebabkan dik batuk yang terlalu sangat. Sebelum batuk, mulanya tekak aku terasa perit sangat. Nak telan air dan makanan pun tak boleh. Badan pulak rasa semacam jer. Dan 26/8 minggu lepas barulah aku demam dan dapat cuti sakit satu hari dan aku tak berpuasa. Hari ini keadaan aku masih macam tu juga. Walaupun aku boleh bersuara tapi suara aku masih serak serak basah lagi...hehehehehe...suara rock ella ....(tak boleh cakap banyak, nanti lagi parau). Doktor kata batuk dan demam aku ni boleh berjangkit. Benar kata doktor, 30/8 demam aku ni berjangkit pada anak aku yang bongsu. Ketahanan badan dia tak berapa kuat, jadi terkena pada dia. Dan pada malam tu juga aku bawa anak aku ke Hospital Seberang Jaya, demam dia hingga 39oC, tinggi tu... dan tekak dia kemerahan juga. Jadi doktor adviced kuarantin kat rumah dan pakai face mask bila keluar, takut takut nanti senang dapat H1N1. Pada masa yang sama doktor pun adviced kat aku suruh aku pakai face mask sebab dia dengar batuk aku yang nampaknya teruk juga. Itulah percutian demam yang aku lalui dalam cuti kerja sempena menyambut merdeka selama 3 hari didalam permulaan puasa. Harap demam aku ni tak terkena pada orang lain. Nasib aku baik tak terkena H1N1....huhuhuhuhuhu...cuti dok rumah jer...kena kuarantin...
Blog Widget by LinkWithin