Saturday, October 3, 2009

Raya hari tu....macam-macam perkara terjadi...Suka dan Duka...

Gambar ni diambil selepas raya hari tu...anak-anak ajak berjalan di Tesco Seberang Jaya. Selalunya tiap bulan akan ber..shopping barang dapur, tapi kali ni sambil shopping sambil berseronok. Sebabnya banyak permainan yang terdapat disitu. Jadi "kita ENJOY yer nak......."
Gambar semasa raya tak sempat nak snap, sibuk kat dapur jer...tak ada masa lansung...ramai sanak saudara yang berkunjung. Sedih juga tak dapat snap gambar raya...apa-apa pun jangan sedih....sebab raya tu masih ada lagi kalau panjang umur.
Dan satu perkara yang memeranjatkan, anak sulung kemalangan pada 8 syawal (hari ahad 27/09/2009 4.45 pm) hari tu. Keadaan jadi kelam kabut. Walaupun tak berapa serius tapi wajah Irham (anak sulung) teruk juga banyak kesan calar dan dagunya kena jahit 4 jarum. Kaki sebelah kiri dia bengkak disebabkan kena hentam dengan kereta.
Ceritanya, Irham naik motor bersama 2 rakannya. Dia duduk ditengah. Kawan yang bawa motor tu tak serius , tapi macam Irham.. muka calar teruk, kena jahit 15 jarum. Teruk jugakan. Dan kawan dia yang jadi pembonceng ketiga tu serius sikit. Muka dia bercalar , bahu kiri terseliuh dan yang kesiannya dia patah 3 jari kaki kiri. kena operation tambah dawai ketiga-tiga jari tu. Perkara dah terjadi..budak-budak lelaki..kadang tu dengar kata..kadang tu tak dengar kata. Bila dah jadi...fobia sampai sekarang. Bila tengok motor yang tersadai kat rumah kawan dia tu...jadi takut. Nasib baik tak de perkara yang buruk terjadi. Ujian ALLAH nak menduga kita. Kami 3 keluarga terima saja.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin