Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru....2010...


SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU PADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA...TIADA MADAH YANG NAK DIUCAPKAN.....SEMOGA TAHUN 2010 ADALAH TAHUN YANG TERBAIK DARI TAHUN YANG SEBELUMNYA.....




Monday, December 21, 2009

Kek Coklat Lembab Kukus....mmmmm...sedap...

Sempena cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) hari tu...saya ambil kesempatan nak buat kek yang menjadi kegemaran anak-anak. Agak lama juga saya tak buat kek ni. Entah macam mana hari tu, adalah sedikit serbuk koko yang tersimpan. Jadi petang tu bermulalah pembuatan kek tersebut. Saya buat setakat mana serbuk koko tu ada. Jadi dapat buat saiz kecil saja. Sekejap jer dah habis...sekejap ada...sekejap tak ada...jadi marilah menjamu mata melihat kek lembab kukus saya ni...resepinya mudah saja...bahan-bahan pun senang didapati


nyum...nyum....sedapnya bu....hehehehe...


KEK COKLAT LEMBAB (KUKUS)

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu manis

1 2/3 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur

Cara : -Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam. Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya. -Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama. -Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi . Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak . Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek. -
toppingnya mudah saja...
1/2 cawan air, 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan susu manis, 2 sudu marjerinmasukkan kesemuanya sekali dlm periuk dan kacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan sebati. lepas tu boleh la sapukan atas kek tadi...senang jer....

Monday, December 7, 2009

Sibuknya Kerja Di Akhir Disember...Dan Kisah Antara Sabar Dan Mengeluh....

Salam kepada semua hadirin dan hadirat yang jelajah blog saya.. beberapa hari ni tak de kesempatan lansung nak ziarah blog sendiri. Rasanya ini first entry untuk bulan ini.
Fening ngan kerja-kerja ofis...bak kata kekawan blogger yang lain yang sempat saya ziarah...pening pada pehujung tahun...kerja memang banyak pun...ALLAH dah bagi rezeki macam tu....semuanya atas KUASANYA...jadi kita redha saja...Sabar dengan dugaannya....
Hari ni saya terima satu emel lagi dari seorang kenalan ...menarik ceritanya....sila baca...
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya." Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah
Blog Widget by LinkWithin