Monday, December 21, 2009

Kek Coklat Lembab Kukus....mmmmm...sedap...

Sempena cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) hari tu...saya ambil kesempatan nak buat kek yang menjadi kegemaran anak-anak. Agak lama juga saya tak buat kek ni. Entah macam mana hari tu, adalah sedikit serbuk koko yang tersimpan. Jadi petang tu bermulalah pembuatan kek tersebut. Saya buat setakat mana serbuk koko tu ada. Jadi dapat buat saiz kecil saja. Sekejap jer dah habis...sekejap ada...sekejap tak ada...jadi marilah menjamu mata melihat kek lembab kukus saya ni...resepinya mudah saja...bahan-bahan pun senang didapati


nyum...nyum....sedapnya bu....hehehehe...


KEK COKLAT LEMBAB (KUKUS)

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu manis

1 2/3 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur

Cara : -Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam. Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya. -Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama. -Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi . Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak . Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek. -
toppingnya mudah saja...
1/2 cawan air, 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan susu manis, 2 sudu marjerinmasukkan kesemuanya sekali dlm periuk dan kacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan sebati. lepas tu boleh la sapukan atas kek tadi...senang jer....

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin